Hentikan Trend Public Humiliation

“Jika nak jadi artis perlulah kental, lihatlah bagaimana artis lain berjaya selepas dikritik sebegitu”, ini satu persepsi yang ternyata SALAH.
Setiap individu adalah berbeza dan tidak boleh dibandingkan.
 
Adalah NORMAL untuk seseorang merasa malu, rasa kecewa dan hilang keyakinan apabila dimalukan dikhalayak umum.
Sedangkan dimarahi dihadapan kelas pun terasa rasa malu dan trauma, apatah lagi di siaran tv yang di tonton jutaan penonton secara langsung!
 
Jika perkara ini berlarutan tanpa bantuan dan sokongan, mangsa berisiko mengalami kemurungan, kebimbangan keterlaluan dan boleh mengalami PTSD ,”Post Traumatic Disorder”.
Ya betul, mendidik, memberi nasihat, memberi teguran memang sangat diperlukan sebagai proses pembelajaran untuk menjadi lebih baik.
 
Namun ia BUKAN alasan atau lesen untuk seseorang itu meninggikan suara, memalukan atau menengking di khalayak ramai.
Mungkin pihak produksi teruja, melihat rating program mencadak naik dengan insiden sebegini.
 
Maka trend public humiliation atau memalukkan dikhalayak ramai ini akan berterusan tanpa kawalan.
Prihatin dengan Kesihatan Mental masyarakat, PHM menyeru agar trend memberi kritikan sehingga menjatuhkan air mula perlulah di HENTIKAN.
 
 
trend public
Diharapkan pihak MCMC yang di terajui YB Fahmi Fadzil dapat mewujudkan garis panduan yang jelas bagi membendung trend jelik ini.
Kepada mana mana pihak yang terkesan dari insiden seperti ini, dapatkan bantuan dan sokongan jika mempunyai gejala kemurungan berpanjangan ❤️