All News

PROGRAM IHYA RAMADHAN 2024

Changlun, 30 Mac – Bersempena dengan datangnya bulan Ramadhan yang disambut meriah oleh semua umat islam seluruh dunia, AJK Latihan & CME PKKU,UUM dengan kerjasama  AJK Masjid Ghairu Jame’ Taman Angsana, Changlun telah mengadakan Majlis Agiha Ihya Ramadhan 1445H.

Majlis bermula pukul 6:30 petang dengan ucapan ringkas daripada Pengerusi merangkap Imam Masjid Ghairu Jame’. Sumbangan mula disampaikan oleh Pengerusi kepada 12 Asnaf kemudian diteruskan sumbangan kepada anak yatim yang disampaikan oleh Wakil AJK Latihan & CME PKKU,UUM. Akhir sekali, sumbangan kepada pelajar tahfiz disampaikan oleh Bendahari AJK Masjid. Kesemua sumbangan diberikan kepada 12 Asnaf, 5 anak yatim serta 35 pelajar tahfiz. 

Kesemua penerima sumbangan sangat bersyukur dan berterima kasih kepada semua yang sudi berkongsi rezeki. Sumbangan yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu meringankan beban serta memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidiftri nanti.

Pihak PKKU,UUM juga bercadang untuk memastikan Program Ihya Ramadhan berterusan setiap tahun untuk sama-sama membantu komuniti tempatan dalam meringankan beban harian dan menyambut hari raya.

 

RAMADHAN 1

Web Photo EditorProject