All News

Ceramah Kesihatan Kepada Staf SOC & Warga UUM

Sintok, 20 Jun - Kesedaran mengenai aspek kesihatan dalam kalangan rakyat masih berada di peringkat bawahan terutamanya dalam sektor kesihatan mental. Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) telah merekodkan jumlah individu yang mendapatkan bantuan berkaitan tekanan sepanjang 2022 telah meningkat sebanyak lima kali ganda berbanding tahun 2020.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula melaporkan pada tahun pertama pandemik menular, kadar kebimbangan dan kemurungan global menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 25 peratus, iaitu meningkat hampir satu bilion individu mengalami gangguan mental.

Faktor penyumbang kepada masalah ini termasuk pengasingan sosial, tekanan menghadapi realiti baharu bekerja dari rumah, pengangguran sementara, kebimbangan kewangan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.

Selain masalah kesihatan mental, penyakit kronik seperti kencing manis juga memaparkan rekod peningkatan yang mendadak di kalangan masyarakat. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kira-kira 3.9 juta (18.3 peratus) orang dewasa menghidap diabetes di Malaysia dan hampir separuh daripada pesakit diabetes tidak menyedari status penyakit mereka.

Oleh itu, Pusat Kesihatan Universiti telah mengadakan sesi ceramah bertajuk “Kepentingan Menjaga Kesihatan Mental & Pencegahan serta Kawalan Diabetes” anjuran Jawatankuasa Risiko, Keselamatan & Kesihatan Pusat Pengajian Pengkomputeran. Ceramah ini memberi pendedahan kepada seluruh warga UUM tentang kepentingan menjaga kesihatan diri yang merangkumi aspek fizikal, mental dan emosi serta rawatan dan langkah pencegahan.WhatsApp Image 2023 06 21 at 09.38.35Poster Ceramah Kesihatan Kepada Staf SOC Warga UUM