All News

JOM SIHAT BERSAMA

Jitra, 10 Mac  -  Kesihatan golongan remaja perlu dititik beratkan pada masa kini. Kerajaan telah menekankan tentang kesihatan remaja yang berumur 10-18 tahun dengan melaksanakan Dasar Kesihatan Remaja Negara. Maka perkhidmatan kesihatan remaja telah disediakan di semua Klinik Kesihatan kerajaan.

Oleh itu, satu program Pemeriksaan Kesihatan telah diadakan bersama penghuni Asrama Akhlak (P) Jitra yang dianjurkan oleh Pusat Kesihatan Universiti, Universiti Utara Malaysia.  Pegawai yang terlibat adalah Dr. Nurul Asiah Bt Abd. Shukor ( Pegawai Perubatan) dibantu oleh Puan Noor Azlina Abu Hassan  (Pembantu Perawatan Kesihatan) .Manakala Jururawat yang terlibat adalah Puan Azliza Abdul Latif dan Puan Noor Shuhada  Mustapa.

Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan tekanan darah dan gula dalam darah.  Selain itu, khidmat nasihat mengenai kesihatan juga diberikan kepada penghuni Asrama Akhlak (P).  Penglibatan daripada penghuni-penghuni Asrama Akhlak amatlah menggalakkan.  Semoga program seperti ini dapat memberikan pendedahan tentang kesihatan remaja dan langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri kepada remaja tersebut.

 

Untitled.png