All News

JANGAN BERSEDIH

Jitra, 10 Mac- Remaja merupakan golongan umur dimana kecelaruan sering terjadi ekoran  bukan sahaja perubahan hormon malahan disebabkan oleh faktor persekitaran. Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan bahawa separuh daripada hampir semua jenis penyakit mental bermula pada usia seawal 14 tahun kerana kebanyakannya tidak dapat dikesan dan mendapat rawatan pada peringkat awal.

Dari segi beban penyakit dalam kalangan remaja, masalah kemurungan pula dilaporkan menjadi penyebab ketiga tertinggi yang membawa kepada masalah penyakit mentalKajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2015 pula menunjukkan seramai 4.2 juta rakyat atau kira-kira 29.2 peratus penduduk negara ini yang berusia 16 tahun ke atas mengalami pelbagai masalah mental.

Jika dibandingkan, angka berkenaan disifatkan sesuatu yang amat membimbangkan kerana menunjukkan peningkatan sebanyak 11.2 peratus, berbanding 2006. Sebagai langkah mengatasi masalah tersebut, Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia telah bekerjasama dengan Unit Kaunseling, Pejabat Kesihatan Daerah  Kubang Pasu untuk sama-sama bekerjasama dan membantu remaja.

Ceramah mengenai cara mengesan stress, keburukan stress dan cara menangani stress telah diberi oleh Pegawai Kaunseling untuk memastikan penghuni-penghuni ini bersedia menghadapi apa jua tantangan pada masa hadapan.