All News

BEBAS ASAP BAHAYA

Jitra, 10 Mac - Dahulunya alasan perokok untuk merokok merupakan salah satu medium untuk melepaskan stress atau membuat hilang penat di kalangan perokok. Namun begitu,alasan terkini menunjukkan bahawa merokok merupakan salah satu “lifestyle” yang menunjukkan perokok adalah seseorang yang mengikut trend terkini dan dipandang sebagai “modern”.

 Menurut World Health Organization (WHO),pengambilan tembakau merupakan salah satu ancaman kesihatan awam terbesar yang pernah dihadapi dunia dengan statistik menunjukkan tabiat itu membunuh lebih daripada lapan juta penduduk dunia saban tahun dan semakin meningkat. Di Malaysia, kata Dr Arifin, terdapat kira-kira 4.8 juta perokok dan dianggarkan lebih daripada 27,200 kematian rakyat Malaysia setiap tahun berkaitan dengan merokok.  

Oleh itu Pusat Kesihatan Universiti telah memilih untuk mengadakan khidmat masyarakat kepada semua penghuni Asrama Akhlak (P) Jitra, mengenai bahaya rokok bukan sahaja kepada perokok malah mereka yang berada disekitarnya (second-hand smoker). Ceramah disampaikan oleh Puan Nur Safinaz Binti Mukhtar, Pegawai Farmasi PKUUUM. Pendedahan diberi untuk memastikan remaja-remaja tahu akan bahaya merokok dan mengelak daripada mula terjebak atau terus terjebak dalam aktiviti yang langsung tiada manfaat.

Aktiviti-aktiviti seperti crossword, mix and match berkisar tentang rokok dan bahaya rokok juga telah dijalankan untuk memastikan semua penghuni memahami pendedahan yang diberikan.

 

BAB7stopBebas Asap Bahaya min