All News

Program Jom Kacau Bubur Lambuk

PKUUUM, 30 Mac 2023 – Bersempena dengan bulan Ramadhan yang mulia ini, Ahli Jawatankuasa 4K (Kelab, Kebudayaan, Kebajikan dan Kesukanan) menganjurkan satu program Jom Kacau Bubur Lambuk.

Program ini adalah merupakan salah satu program yang dirancang oleh Ahli Jawatankuasa 4K (Kelab, Kebudayaan, Kebajikan dan Kesukanan)  dalam usaha untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan PKUUUM disamping menyumbang kepada masyarakat setempat.

Selain itu, program ini juga diadakan bagi meraikan Ramadan Al Mubarak dengan hidangan bubur lambuk serta berkongsi rezeki dengan pesakit yang datang mendapatkan rawatan di PKUUUM.

Maklum balas daripada staff-staff mengenai program ini adalah sangat memberangsangkan dan kebanyakannya sangat menghargai program yang telah diaadakan dan berharap program tersebut dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.

Diharapkan semoga program ini dapat meningkatkan lagi semangat staff-staff  PKUUUM untuk meraikan bulan yang mulia ini iaitu Ramadhan dan beroleh ganjaran pahala berlipat kali ganda pada bulan tersebut.

                           

                gmbr.jpg0fe5296e-ad82-4a04-91d0-6651b4d072c5.jpg1b8302ee-d19e-4cc8-844c-829d10f51f8b.jpgb93ad606-55da-4e66-85b2-777fbe5a7a5f.jpg37cad799-4bb2-4a8e-9030-45429571068b.jpg