All News

CERAMAH KESAN TABIAT MEROKOK KEPADA KESIHATAN ORAL DAN PAMERAN KESIHATAN PERGIGIAN DI ASRAMA AKHLAK (P), JITRA, KEDAH

JITRA, 10 Mac – Kerajaan terus komited dan sentiasa berusaha ke arah pembentukan Malaysia sebagai sebuah negara bebas rokok dan mencapai hasrat Generation End Game (GEG) yang memerlukan semua pihak untuk menjayakannya. Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia optimis untuk meneruskan pelaksanaan program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK). Pusat Kesihatan Universiti turut sama mendokong tanggungjawab ini dengan menganjurkan Program Kesihatan (E-Cigarettes) bersama Asrama Akhlak (P) Jitra, Kedah. Penganjuran program ini adalah kerjasama antara Ahli Jawatankuasa Latihan dan CME Pusat Kesihatan Universiti Utara Malaysia, Unit Kaunseling PKD Kubang Pasu dan Unit Farmasi PKD Kubang Pasu.

Sesi ceramah “Kesan Tabiat Merokok Kepada Kesihatan Oral” dijalankan secara interaktif telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada para peserta. Seramai 39 peserta yang berkunjung ke booth pameran pergigian turut diberikan maklumat asas berkaitan penjagaan kesihatan pergigian.

Semoga maklumat “Kesan Tabiat Merokok Kepada Kesihatan Oral” dapat mewujudkan kesedaran di kalangan peserta tentang bahaya merokok terhadap kesihatan oral. Maklumat asas penjagaan kesihatan pergigian yang telah diberikan juga diharap dapat dijadikan panduan kepada para peserta dalam penjagaan kesihatan pergigian mereka seharian serta seterusnya dapat mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan pergigian peserta pada tahap yang optimum.

 

1.jpg