All News

PROGRAM JOM SIHAT BERSAMA PKUUUM PAMERAN KENALI UBAT ANDA (PERANCANG KELUARGA)

Kampung Teluk Malek, 4 mac 2023-  Kesedaran mengenai pemilihan kaedah merancang keluarga secara moden di negara ini masih rendah apabila tidak menunjukkan perubahan sejak 30 tahun lalu iaitu pada kadar 52.5 peratus.Pelbagai kaedah dan pelan perancangan keluarga boleh didapati selain kempen serta pendedahan terhadap kepentingannya diketengahkan pihak tertentu seperti Kementerian Kesihatan (KKM) sendiri

Oleh itu, sebagai langkah pencegahan awal satu pameran telah diadakan bagi menerangkan cara atau kaedah yang sesuai untuk diguna pakai.Dengan pameran ini pihak kesihatan menerangkan kepada penduduk setempat mengenai tujuan,cara pakai,kesan dan faedah-faedah apabila mengamalkan kaedah perancang keluarga dengan selamat.

Aktiviti-aktiviti berkaitan  dengan perancang keluarga telah dilakukan untuk menilai pemahaman penduduk setempat tentang penerangan yang telah diberikan. Penglibatan yang diberikan oleh penduduk setempat  sangat memberangsangkan. Diharapkan dengan pendedahan maklumat berkaitan dengan perancang keluarga dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

 

 b4e7a117-d23a-4d90-9ed5-afae7c925d75.jpg 8fc97044-bc3f-41f3-9bae-3e8a17da1091.jpg

2.jpg