All News

SARINGAN KESIHATAN KOMUNITI TELOK MALEK

Telok Malek, Jitra -Kesedaran mengenai pentingnya saringan kesihatan masih lagi rendah dalam kalangan masyarakat sejagat.  Antara puncanya adalah sifat malu dan kecenderungan mendapatkan rawatan hanya ketika sakit serta kurangnya ilmu pengetahuan mengenai penyakit yang dihidapi. Penyakit tidak berjangkit seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan kolestrol dapat dicegah dengan pengesanan pada peringkat awal melalui saringan kesihatan.

Oleh itu Pusat Kesihatan Universiti dengan kerjasama daripada Ahli Jawatakuasa Masjid Al Muhsinin, Kampung Telok Malek, Jitra menganjurkan Program Jom Sihat Bersama PKUUUM sebagai inisiatif untuk menyaring masyarakat dan memberikan khidmat nasihat mengenai kesihatan mereka. Inisiatif ini diharap dapat mengesan penyakit pada peringkat awal dan rawatan dapat diberikan pada peringkat awal seterusnya menurunkan beban komplikasi penyakit-penyakit tersebut.

Pelbagai aktiviti yang dianjurkan termasuklah pameran kesihatan dan saringan kesihatan. Penglibatan dari pelbagai pihak termasuklah penduduk kampung sekitar dan pelajar-pelajar Tahfiz memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Sambutan daripada penduduk sekitar adalah sangat menggalakkan dan diharapkan program sebegini dapat diadakan selalu agar dapat memberi kesedaran dan maklumat mengenai kesihatan dan rawatan kepada penyakit-penyakit tidak berjangkit kepada orang awam kelak.

 84463bc1-4846-409a-86c7-6352feb8f57c.jpg