All News

Mobile Quit Smoking Clinic Siri 4

Mobile Quit Smoking Clinic Siri 4

 

Bukit Kayu Hitam, 06 Oktober -Kesungguhan dan usaha untuk berhenti merokok wajar diraikan kerana ketagihan merokok merupakan salah satu ketagihan serius yang susah untuk ditangani. Terdapat 5 peringkat seseorang perokok akan lalui sepanjang proses berhenti merokok iaitu Pre-contemplation, Contemplation, Preparation, Action dan Maintenance. Setiap peringkat memerlukan sokongan dan bantuan yang berbeza supaya mereka berjaya berhenti merokok.

Program yang dijalankan berjaya membantu 141 berhenti merokok sepanjang program berjalan, 16 perokok masih memerlukan rawatan lanjut di klinik-klinik kerajaan, manakala selebihnya masih lagi dalam peringkat Pre-contemplation. Sebuah majlis penyampaian sijil berhenti merokok akan diadakan sempena meraikan kejayaan mereka-meraka yang berjaya berhenti merokok.

Tempat Merokok yang disediakan oleh pihak kilang juga akan dirobohkan menanda bermulanya kilang bebas asap merokok. Semoga kejayaan dan semangat mereka yang berjaya berhenti merokok dapat dicontohi oleh perokok-perokok yang lain.

2f028714-d1dd-46f9-a0ae-2bdaf436aacd.jpeg0280b670-77a7-4248-b360-871e5120b392.jpega9878933-ed58-4bb3-90f4-b3521e3d4184.jpegbcf21623-443a-4182-9151-01d438b0f517.jpeg4016f6a6-6b8c-46fa-b0c8-4af7efd908bc.jpeg